headsink

https://twitter.com/headsink

Segala-galanya tak penting, masa pun dihabiskan untuk mempelajari segala segi kripto baik kewangan, seni, komuniti dan pengaturcaraan.

Di atas katil ini, sedang menaip dan memikirkan tentang projek kripto yang akan datang.

Alhamdulillah kerana kripto mengubati jiwa daripada segala tragedi yang berlaku ketika wabak Covid-19 menular.

Barangkali beberapa kehilangan dalam hidup kita akan diganti dengan beratus lagi.

Entahlah, sekadar spekulasi sebelum dibuai mimpi.

Semoga esok lebih baik dari hari ini.

Masalah Twitter adalah kekurangan aksara untuk setiap tuit, biasanya kebanyakan perkara yang kita luahkan terlepas pandang.

Kebarangkalian sesuautu tuit itu mendapat perhatian adalah rendah tetapi sekali dapat perhatian memang berpuluh-puluh ribu view dapat.

Luahan keesokan paginya..

Lemah sikit badan sebab berjaga sampai pukul 2 pagi. Sememangnya jarang sekali buat perkara tersebut atas rutin jaga kesihatan dan bangun sebelum terbit matahari.

Sekarang kepala otak sedang bercelaru dan berharap agar melalui penulisan luahan perasaan di sini dapat menyusun rapi berpuluh-puluh perkara di dalam minda.

Masalahnya sekarang dalam berpuluh-puluh yang ada hendak utamakan mana satu? Begitulah keadaannya apabila kita tahu banyak perkara yang kita mampu buat tetapi tak tahu mana satu sepatutnya diutamakan.

Setakat makan, mandi, berak, tidur dan meditasi tak menjadi masalah.

Dilema paling utama sekarang adalah untuk buat apa selain daripada melakukan perkara yang berlawanan iaitu tidak buat apa pun.

Seandainya go with the flow saya sama ada meditasi dalam kebosanan atau lakukan salah satu daripada berpuluh perkara yang ingin dilakukan sehingga kembali termenung kerana kebarangkalian untuk menyesal dan membenci diri kerana membuang masa adalah tinggi.

Masa aset paling berharga

Maafkan saya kerana membuang masa anda membaca luahan perasaan yang rawak di pagi hari.

Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kerana membaca.

Selamat menyambut hari Ahad hujung minggu, semoga tenang selalu.

P/S: Seandainya tak keberatab boleh ke akaun Pentas saya di https://app.pentas.io/user/0xCfF24775Ad00d48303cCbbCecE0aF9f1748591e7

Sudah lebih satu dekad terbiasa kemaskini status media sosial. Semakin lama semakin sedikit jumlah perkataan yang digunakan untuk meluahkan perasaan supaya dalam dimuatkan dalam 140 aksara.

Entah kenapa saya kembali ke menulis blog seperti ini ketika ramai sedang berlumba-lumba membuat konten di YouTube.

Barangkali pada hemat saya, menulis umpama senaman minda yang mungkin dapat melatih otak saya untuk berfikir lebih terurus.

Kecelaruan minda

PKP yang terlalu kerap menyebabkan banyak perancangan kita tidak terlaksana.

Apabila hari-hari tertentu sepatutnya diisi dengan aktiviti tertentu dibatalkan, kita pun tiba-tiba mempunyai terlebih banyak masa.

Kekerapan berlakunya pembatalan rancangan juga menyebabkan kita mengalami kesukaran untuk merancang langkah lebih jauh ke hadapan kerana tiada kepastian bila akan berakhir pandemik Covid-19.

Dalam mencari alternatif kepada penyelesaian masalah ini dan dengan masa yang banyak menyebabkan kita mempunyai terlalu banyak pilihan yang akhirnya menyebabkan kecelaruan.

Kenapa menulis?

Berkemungkinan juga saya menulis di sini adalah untuk mencari jalan atau solusi mencari sesuatu yang belum yang dijumpai dalam kecelaruan ini.

Tidak lupa juga menulis dengan rawak berdasarkan apa yang mengalir dari buah fikiran terasa seperti satu terapi.

Sejenis terapi yang sekurang-kurangnya mengurangkan beban suara dalam minda yang kerap bertanya pelbagai soalan terutamanya perkara yang dituliskan di sini.

Celaru dan bersyukur

Masalah saya sememangnya remeh berbanding beribu-ribu yang ada di Malaysia.

Maafkanlah saya jika ada yang terpaksa membaca luahan hati ini.

Saya bersyukur kepada Ilahi kerana diberi banyak pilihan. Walaubagaimanapun, banyaknya masa dan pilihan menyebabkan diri ini kadangkala hilang arah.

Semoga penulisan ini menjadi mukadimah ke arah tujuan yang terbaik

Begitulah harapan saya dalam meneruskan kehidupan dengan mencari makna dalam setiap yang hendak dilakukan.

Hidup perlukan makna atau kita hidup sebagai seorang Nihilist dan jarang seorang Nihilist hidup lama seperti kebanyakan manusia.

Makna hidup masing-masing

Makna hidup terlampau luas, di sini saya hanya ingin fokus kepada makna perkara kecil seperti dalam hobi saya.

Adakah perkongsian hobi saya bermanfaat dan bermakna?

Mesti ada yang bertanya, kenapa fikir dalam sangat?

Sejujurnya saya akan salahkan Kerajaan yang melaksanakan PKP sehingga hidup menjadi sangap.

Kesangapan barangkali memaksa minda ini untuk memikirkan masalah eksistensial.

Mengapa fikir sampai pening?

Kenapa orang suka minum arak sampai mabuk? Begitulah jawapan saya kenapa saya berfikir sampai pening.

Barangkali bila kita mabuk, kita boleh mencapai realiti selain daripada alam fizikal yang kini teramat membosankan kerana PKP.

Masihkah orang membaca blog?

Andalah yang membaca, saya ucapkan terima kasih dan berharap lebih ramai lagi membaca.

Jangan lupa kongsikan melalui e-mel, link di blog anda, media sosial dan surat berantai...

Sekadar ini saja dulu

Terima kasih sekali lagi kerana membaca. Semoga kita diselamatkan daripada kemelut yang menyusahkan kita dan datang bantuan yang tidak disangka.

🏴🍵🏴